Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasil jualan tiket Piala Asia 2023 didermakan ke Palestin

    DOHA, 21 NOV – Piala Asia Qatar 2023 akan menyumbangkan hasil jualan tiket bagi menyokong bantuan kecemasan di Palestin.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tempatan Piala Asia-Qatar 2023 Hamad bin Khalifa Al Thani berkata pihaknya memutuskan untuk mendermakan hasil jualan tiket Piala Asia di Qatar untuk disalurkan kepada Palestin.

    “Kami yakin bahawa inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini akan memberi manfaat kepada mereka yang paling terjejas dan bola sepak memenuhi peranannya sebagai mekanisme sokongan untuk orang ramai pada masa yang paling sukar,” lapor agensi berita Palestin (WAFA).

    Piala Asia AFC Qatar 2023 dijadual berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda