Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haval H6 GT baharu dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Berjaya Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan GWM di Brunei hari ini telah melancarkan model terbaharunya, GWM Haval H6 GT, di The Mall, Gadong.

    Majlis pelancaran kereta berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Berjaya, Pengiran Irwan bin Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

    GWM Haval H6 GT ialah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pacuan empat roda moden yang menggabungkan sistem serba boleh dan lasak dengan reka bentuk terkini mengikut peredaran zaman.

    Dilengkapi dengan enjin 2.0L Turbocharged dan Transmisi Dwi Klac (DCT) Generasi Kedua memberikan kuasa dan prestasi maksimum di atas jalan.

    Bahagian hadapan yang tampil dengan shark style intake, serta bahagian belakang yang berinspirasikan sport coupe dan spoiler trim belakang berganda pasti menarik perhatian orang ramai.

    “GWM Haval H6 GT akan menjadi pesaing kuat dalam segmen pasaran SUV di negara ini,” kata Pengiran Irwan.

    “Dengan gabungan gaya, prestasi dan serba boleh, ia benar-benar dapat memberikan kepuasan kepada semua peringkat umur.

    “Kami yakin model baharu ini akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan kereta yang dapat mengikuti gaya hidup aktif terkini,” tambahnya.

    Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai GWM Haval H6 GT boleh mengunjungi The Mall dari 15 hingga 19 Februari.

    Tetamu kehormat merasmikan kereta GWM Haval H6 GT di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda