Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Houthi disenarai semula entiti pengganas

    WASHINGTON, 18 JAN – Amerika Syarikat (AS) berkata semalam ia akan meletakkan Houthi Yaman kembali dalam senarai entiti ‘pengganas’, namun pengumuman itu gagal menghalang pemberontak yang disokong Iran, bertindak balas dengan mendakwa mereka menyerang kapal Amerika.

    Pemberontak Houthi telah pun menghadapi beberapa siri serangan udara sebagai tindak balas terhadap sasaran mereka ke atas kapal dagang di Laut Merah, dan berikrar selepas pengumuman tersebut bahawa mereka akan meneruskan serangan yang dikatakan mereka menyokong rakyat Palestin di Gaza, di mana Israel sedang memerangi kumpulan pejuang Hamas.

    “Jabatan Negara hari ini mengumumkan penamaan Ansarallah, yang biasanya dirujuk sebagai Houthi, sebagai kumpulan Pengganas Global, berkuat kuasa 30 hari bermula hari ini,” kata Setiausaha Negara, Antony Blinken dalam satu kenyataan. “Kumpulan Houthi mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka, tetapi ia tidak sepatutnya mengorbankan penduduk awam Yaman,” katanya.

    “Semasa penangguhan pelaksanaan 30 hari, kerajaan AS akan menjalankan jangkauan kepada pihak berkepentingan, penyedia bantuan dan rakan kongsi yang penting untuk memudahkan bantuan kemanusiaan dan import komersial komoditi kritikal di Yaman,” kata Blinken. – AP

    Pejuang Huthi mengadakan rapat menentang serangan AS dan UK ke atas tapak tentera yang dikendali Huthi berdekatan Sanaa, Yaman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda