Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu pejabat Radio dan TV Palestin dirasmi

    AMMAN, 10 FEB – Pihak Berkuasa Radio dan Televisyen Palestin kini mempunyai ibu pejabat baharu di Amman, kata Menteri Komunikasi Jordan, Faisal Shboul, lapor Petra.

    Berucap pada majlis perasmiannya, beliau berkata pejabat baharu itu satu pencapaian ‘penting’ untuk menyampaikan suara keadilan bagi rakyat Palestin yang paling tertindas di dunia.

    Beliau turut menekankan kepentingan peranan media untuk memaklumkan kepada dunia mengenai isu Palestin secara adil.

    Pengarah pihak berkuasa, Amin Shahrour berkata perasmian ibu pejabat baharu itu dapat membantu menyampaikan mesej Palestin kepada seluruh dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda