Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Daud Kim akhirnya tercapai

    YouTuber asal Korea Selatan iaitu Daud Kim meluahkan rasa syukur akhirnya impian untuk membina masjid tercapai.

    Kata personaliti media sosial itu, hajatnya itu tidak akan berjaya dicapai tanpa bantuan sumbangan daripada orang ramai.

    “Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya! Dengan bantuan awda semua, saya berjaya membina rumah Allah SWT (masjid).

    “Saya juga tahu ramai yang mengambil berat, tetapi saya tidak pernah berputus asa denngan impian saya untuk membina masjid,” katanya.

    Daud berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram.

    Menerusi perkongsian mStar, sebelum ini, hasrat Daud membina sebuah masjid di daerah Incheon terpaksa ditangguhkan selepas mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak.

    Ini selepas ada pihak mempertikaikan kaedah pungutan dana bagi tujuan itu yang disalurkan terus ke akaun peribadinya.

    Berhubungan isu kutipan dana menerusi akaun peribadi, Daud mengakui terlepas pandang dan meminta orang ramai berhenti menghulurkan sumbangan buat sementara waktu. – Agensi

    Daud turut membantu dalam proses menyiapkan masjid berkenaan. – i.dawn
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda