Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isi borang deklarasi sebelum berlepas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Bagi mereka yang hendak memasuki Negara Brunei Darussalam diingatkan untuk mengisi dan melengkapkan borang deklarasi sebelum menaiki pesawat.

    Peringatan tersebut ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku wakil menteri kesihatan semasa menjawab per-soalan mengenainya yang ditimbulkan pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Borang deklarasi ini adalah satu keperluan bagi semua penumpang untuk menaiki pesawat yang akan berlepas ke negara ini dan pemeriksaan akan dilaksanakan sebelum penumpang menaiki pesawat,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menghadiri sidang media, kelmarin.- Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda