Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali tuntut amfora purba dipulangkan

    ROM, 23 OKT – Itali meminta Perancis memulangkan tujuh tembikar atau amfora purba yang kini menjadi sebahagian daripada koleksi muzium seni Louvre di Paris.

    Menteri Kebudayaan, Gennaro Sangiuliano, pada Ahad berkata koleksi tembikar dari abad keempat dan keenam sebelum Masihi itu dicuri di bandar pelabuhan Ostia dan kemudian dijual, lapor agensi berita Jerman.

    Muzium itu memperoleh tembikar berkenaan antara 1982 dan 1998, menurut akhbar Le Monde.

    Pengarah Louvre, Laurence des Cars, baru-baru ini dilaporkan berkata terdapat ‘karya asal yang meragukan’ dalam sistem inventori muziumnya.

    Amfora itu merangkumi koleksi seni Yunani, Rom dan Etruska. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda