Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamaica mara separuh akhir Liga Negara CONCACAF

    TORONTO, 22 NOV – Jamaica berjaya menundukkan Kanada dengan keputusan jaringan 3-2 pada awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Liga Negara CONCACAF dan mengesahkan tempat pada perluasan Copa America tahun depan yang berlangsung di Amerika Syarikat.

    Dua gol separuh masa kedua daripada Shamar Nicholson dan penalti lewat Bobby Reid memberikan kejutan buat pasukan kebangsaan Jamaica yang sinonim dengan panggilan Reggae Boyz pada perlawanan kedua yang menakjubkan di BMO Field, Toronto untuk membolehkan Jamaica mara ke separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas perlawanan berakhir dengan agregat 4-4.

    Kanada, yang memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 2-1 di Kingston pada Sabtu lalu, kelihatan akan mara ke empat terakhir selepas pemain Bayern Munich, Alphonso Davies meletakkan mereka mendahului perlawanan 1-0 pada malam itu selepas 25 minit untuk melebarkan kedudukan agregat kepada 3-1. .

    Bagaimanapun, Jamaica membalas dengan rembatan Nicholson ke sudut bawah menjadikan kedudukan 1-1 selepas 62 minit. Empat minit kemudian dia menyamakan kedudukan agregat apabila dia menerjah gawang dengan penyudah jarak dekat.

    Perlawanan yang cukup dramatik itu kemudian menyaksikan Ismael Kone menanduk bola masuk ke gawang untuk mendapatkan gol penyamaan yang meletakkan Kanada kembali di hadapan dari segi agregat.

    Kelegaan Kanada tidak bertahan lama apabila pada minit ke-75, Stephen Eustaquio telah melakukan kesalahan handball dalam kawasan kotak penalty, di mana Reid kemudiannya dengan tenang mengambil sepakan penalti yang membawa Jamaica mara ke separuh akhir.

    Walaupun Jamaica dikejutkan dengan pemecatan Demarai Gray pada minit ke-84 dan dikurangkan kepada 10 pemain, pasukan Reggae Boyz kekal mara ke peringkat seterusnya. – AFP

    Aksi pemain Jamaica, Joel Latibeaudiere (kanan) semasa separuh akhir pertama kejohanan bola sepak Liga Negara CONCACAF di Toronto, semalam. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda