Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Jambatan gantung terpanjang dibuka

    DOLNI MORAVA, REPUBLIK CZECH, 15 MEI – Sebuah jambatan gantung yang paling panjang di dunia telah dibuka di tempat peranginan pergunungan di Republik Czech.

    Jambatan sepanjang 721 meter itu dibina pada altitud lebih 1,100 meter atas paras laut. Ia menghubungkan dua rabung gunung dan tergantung sehingga 95 meter di atas lembah di bawah.

    Dikenali sebagai Sky Bridge 721, ia terletak di kawasan timur laut negara di banjaran gunung Kralicky Sneznik berdekatan dengan sempadan Poland, kira-kira 200 kilometer dari timur Prague.

    Jambatan itu menawarkan pemandangan luar biasa kepada pengunjung yang bukan penggayat. Sehingga 500 orang dibenarkan untuk berada di jambatan itu pada satu-satu masa, walaupun jumlah itu dikurangkan separuh untuk dua minggu pertama selepas pembukaan pada Jumaat.

    Jambatan itu akan ditutup atas sebab-sebab keselamatan sekiranya angin mencecah 135 kilometer sejam.

    Pembinaan jambatan mengambil masa dua tahun dan menelan kos AS$8.3 juta.

    Pengkritik berkata jambatan adalah terlalu besar untuk persekitaran di sekelilingnya, sementara yang lainnya berkata ia akan menarik terlalu ramai pelancong ke bandar, yang mempunyai populasi kurang daripada 500 orang. – AFP

    Pengunjung berdiri di jambatan gantung yang paling panjang di dunia sehari sebelum dibuka di resort di Dolni Morava, Republik Czech pada 13 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...