Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna nafi pengacara toksik

    Dilabel pengacara toksik kerana sering bertindak memperli individu atau program lain ketika mengendalikan Famili Duo musim ketiga (FD3) yang disiarkan secara langsung TV3, Janna Nick sama sekali tidak terganggu dengan persepsi dilemparkan.

    Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 28, berkata apa yang dilakukan demi memenuhi kehendak pihak penerbitan program realiti berkonsepkan kekeluargaan itu sebagai cara menghangatkan lagi suasana.

    “Seperti musim lalu saya masih berpegang dengan prinsip akan mendengar nasihat dan pandangan penerbit. Kalau penerbit tak tegur apa-apa, saya akan kekal-kan sahaja.

    “Kalau penerbit minta kurangkan sesuatu, saya akan buat. Itu juga yang membuatkan penerbit masih memilih saya untuk musim seterusnya.

    “Bukan mahu berbangga diri, tapi saya bekerja dengan mengikut penerbit dan bertindak mengikut apa yang dimahukan,” katanya ditemui selepas berakhir konsert FD3 minggu kedua di Studio TV3, Glenmarie, baru-baru ini.

    Menjawab tohmahan mendakwanya tidak profesional ketika mengendalikan program, pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 itu berkata, ia adalah cara untuk menghangatkan suasana.

    “Sebenarnya apa yang diperkatakan memang sudah ada dalam skrip, tapi apabila berbicara secara spontan atau kasual, saya tambahkan rasa sikit.

    “Secara peribadi, saya tidak ada isu dengan mana-mana pihak dan baik-baik sahaja. Kita lebih mengenali orang yang berada dalam industri, tapi mungkin pandangan orang luar berbeza.

    “Kalau ada rasa sensitif, saya mohon maaf,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Janna bekerja dengan mengikut penerbit dan bertindak mengikut apa yang dimahukan. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda