Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun tundukkan Kanada di Piala SheBelieves

    FRISCO, AMERIKA SERIKAT, 23 FEB – Jepun menamatkan badi kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 3-0 ke atas juara Olimpik, Kanada dalam perlawanan penutup Piala SheBelieves, kelmarin.

    Jepun, yang gagal menjaringkan gol dalam kekalahan kepada Amerika Syarikat dan Brazil dalam dua perlawanan pertama mereka di kejohanan bola sepak antarabangsa wanita, meledak dengan jaringan Kiko Seike, Yui Hasegawa dan Jun Endo.

    Amerika Syarikat yang menduduki ranking teratas yang bersedia untuk mempertahankan mahkota mereka di Piala Dunia Wanita pada Julai di New Zealand dan Australia, akan berdepan Brazil dalam aksi malam di Stadium Toyota, kini di puncak untuk memenangi kejohanan itu tahun keempat berturut-turut dan kali keenam secara keseluruhan.

    AS menyusuli kemenangan pembukaan ke atas Kanada dengan kemenangan 1-0 ke atas Jepun di Nashville pada Ahad.

    Bagi Kanada, ia merupakan penamat yang mengecewakan kepada kejohanan bermasalah, yang dimainkan di tengah-tengah pertikaian berterusan dengan persekutuan mengenai gaji dan syarat di mana mereka menuntut persamaan dengan pasukan lelaki.

    Mereka telah bangkit daripada kekalahan pembukaan kepada Amerika Syarikat dengan kemenangan 2-0 ke atas Brazil dan telah mara ke perlawanan kelmarin dalam kedudukan kedua.

    Tetapi Jepun, yang tewas empat perlawanan terakhir termasuk kekalahan kepada England dan Sepanyol pada November akhirnya menemui sentuhan penyudah mereka. – AFP

    Aksi Yui Hasegawa semasa perlawanan bola sepak Piala SheBelieves 2023 di Stadium Toyota di Frisco, Texas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda