Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jiah bawa pulang TV pintar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Kixx Brunei telah mengumumkan para pemenang Kempen Cabutan Bertuah Kixx on the Edge yang telah diadakan sejak Oktober 2022.

    Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Cawangan Seng Hoe Huat, Gadong pada 11 Februari lalu, Dayang Jiah binti Hamdan telah membawa pulang TV Pintar UHD HiSense 65” setelah menjadi pemenang utama.

    Manakala itu, tempat kedua, Jesstina Padan memenangi Projektor HD Mudah Alih ET30S, dan Awang Arifin bin Haji Bahar membawa pulang Pembersih Mudah Alih Air Q dari Cuckoo selaku pemenang ketiga.

    Majlis penyampaian hadiah berkenaan juga bertepatan dengan pelancaran barisan premium baharu minyak enjin Kixx dan Kixx G1 SP.

    Para pemenang berkenaan juga menjadi pelanggan pertama di Brunei yang menerima satu botol 4 liter (L) untuk digunakan pada kereta masing-masing.

    Dayang Jiah bergambar bersama hadiah utama yang dimenanginya.
    Wakil kepada Jesstina Padan bergambar bersama hadiah kedua iaitu Projektor HD Mudah Alih ET30S.
    Pemenang tempat ketiga dalam Kempen Cabutan Bertuah Kixx on the Edge, Awang Arifin bergambar bersama hadiah yang dimenanginya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda