Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang NZ kena culik di Papua

    JAKARTA, INDONESIA, 15 FEB — Pemberontak pemisah di wilayah Papua yang bergolak di Indonesia, kelmarin, telah mengeluarkan gambar dan video mengenai seorang lelaki yang mereka katakan sebagai juruterbang dari New Zealand yang mereka culik sebagai tebusan minggu lalu.

    Phillip Mark Mehrtens dari Christ-church, seorang juruterbang syarikat penerbangan Indonesia, Susi Air, telah diculik oleh pejuang kemerdekaan daripada Tentera Pembebasan Papua Barat, sayap bersenjata Pergerakan Papua Merdeka, yang menyerbu pesawat berenjin tunggalnya sejurus selepas ia mendarat di atas sebuah landasan kecil di Paro di daerah terpencil Nduga.

    Pesawat yang membawa lima penumpang itu dijadualkan mengambil 15 pekerja binaan yang sedang membina pusat kesihatan di Paro se-lepas sekumpulan pemberontak pemisah yang diketuai Egianus Kogoya mengancam untuk membunuh mereka, kata ketua daerah Nduga, Namia Gwijangge.

    “Rancangan kami untuk memindahkan pekerja telah menimbulkan kemarahan pemberontak, yang bertindak balas dengan membakar pesawat dan menculik juruterbang,” kata Gwijangge, yang merupakan salah seorang penumpang. “Kami amat kesal dengan kejadian ini.” – AP

    Dalam gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Tentera Pembebasan Papua Barat menunjukkan pemberontak pemisah Papua bersama seorang lelaki yang mereka katakan Philip Mark Mehrtens yang mereka culik minggu lalu, di saty lokasi tidak didedahkan di wilayah Papua, Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda