Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak antara korban kemalangan libat kenderaan tentera

    BELGRADE, 22 SEPT – Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan tentera dan kereta awam di Kraljevo, Serbia tengah, menurut pihak hospital tempatan, kelmarin.

    Kementerian Pertahanan Serbia melaporkan kemalangan berlaku ketika kenderaan tentera, sistem anti-pesawat bergerak kendiri, sedang menjalankan ‘tugas rutin’ dalam konvoi yang dikawal oleh polis tentera.

    “Menurut laporan awal, terdapat mangsa yang cedera dan terkorban dalam kejadian tersebut,” menurut kenyataan kementerian, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Pengarah Hospital Besar Kraljevo, Zoran Mrvic, kemudian memberitahu media setempat bahawa lima orang, termasuk tiga kanak-kanak, telah meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa berada dalam keadaan serius.

    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Serbia turut memaklumkan bahawa pemandu tentera telah ditahan atas tuduhan menyebabkan kemalangan jalan raya.

    Siasatan berhubung insiden tersebut masih berjalan, menurut Kementerian Pertahanan Serbia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda