Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasatkina selar penjadualan WTA

    ABU DHABI, 11 FEB – Daria Kasatkina mengecam Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan penganjur kejohanan ahli jelajah itu kerana ‘penjadualan yang teruk’ selepas dia menempah tempatnya di final Terbuka Abu Dhabi dengan kemenangan tiga jam yang meletihkan ke atas Beatriz Haddad Maia kelmarin.

    Kasatkina akan menentang pilihan utama, Elena Rybakina dalam penentuan kejuaraan hari ini dan dijangka berada di gelanggang pada hari berikutnya di Doha untuk pertembungan pusingan pembukaannya dengan rakan senegara dari Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova di Terbuka Qatar.

    Ini adalah situasi yang disifatkan Kasatkina sebagai ‘tidak adil’ kepada pemain, dengan menyatakan bahawa ia boleh mengakibatkan peningkatan risiko kecederaan. “Ia adalah penjadualan yang teruk, secara jujur,” kata Kasatkina, yang mara ke final keduanya musim ini selepas menang 6-3, 4-6, 7-6 (7/2) ke atas pemain Brazil, Haddad Maia.

    “Saya tidak tahu bagaimana awda boleh menjadualkan perlawanan akhir kejohanan pada Ahad, mahu menamatkan kejohanan seterusnya pada Sabtu, jadi awda memulakannya pada hari Ahad, dan seperti ini, pemain, jika seperti saya, awda tidak mendapat bye di Doha, saya terpaksa bermain pada Isnin. Dan saya bermain final esok pada pukul 5 petang.

    “Kami belum mempunyai teknologi ini yang saya boleh lakukan seperti ini (menyentap jarinya) dan berada di Doha dalam masa lima saat.” – AFP

    Reaksi Kasatkina semasa menentang Haddad Maia di Abu Dhabi pada 10 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda