Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Kastam India gagalkan cubaan seludup 740g emas

    NEW DELHI, 9 MAC – Pihak kastam India menggagalkan cubaan menyeludup emas oleh seorang penumpang warganegara Malaysia di lapangan terbang Chennai dan merampas 740 gram barang kemas.

    Wanita itu dilaporkan tiba dari Malaysia pada Selasa dengan menaiki penerbangan Indigo.

    Menurut jabatan kastam dalam satu kenyataan pada Rabu, pihaknya menemui emas seberat 740 gram di badan wanita terbabit.

    Emas tulen 24 karat yang dirampas dianggarkan bernilai 3.62 juta rupee India (AS$44,200). Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan, kata pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, K.P. Jeyakar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...