Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kecoh Puteri Sarah hisap vape dalam video live!

    Warganet meluahkan rasa bengang terhadap pelakon Puteri Sarah Liyana yang didakwa menghisap rokok elektronik atau vape ketika tampil dalam video siaran langsung di TikTok.

    Memetik laporan mStar, pembantu peribadi aktres berkenaan dikenali sebagai Acu menjelaskan peranti berkenaan adalah miliknya namun pod digunakan tidak mengandungi sebarang kandungan nikotin.

    Susulan itu, Acu memohon maaf kepada peminat Puteri Sarah kerana tidak berniat mengajar aktres berkenaan tabiat buruk.

    “Apabila Puteri Sarah mula membebel, saya pun hulurkan vape tersebut. Saya minta maaf sebab terbagi benda itu kepadanya.

    “Saya tidak mengajar dia menghisap vape, ia kesilapan saya. Saya minta maaf banyak-banyak kepada peminat Puteri Sarah.

    Tular sebuah video mendakwa Puteri Sarah kantoi menghisap vape. – mStar

    “Pod itu saya beli di Jakarta dan tidak mengandungi bahan nikotin seperti mana yang dijual di Malaysia,” katanya. Acu menjelaskan perkara itu menerusi siaran langsung yang dilakukan di aplikasi TikTok.

    Puteri Sarah turut bersama Acu ketika penjelasan itu dibuat selain menegaskan vape yang disedut hanya mengandungi perasa tanpa nikotin.

    “Awda semua jangan risau. Kalau di Malaysia memang ada nikotin tetapi yang dibeli dari Jakarta seperti shisha.

    “Ia hanya kosong tiada nikotin dan hanya mempunyai perasa,” jelas Puteri Sarah.

    Sebelum ini tular di media sosial apabila pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, itu menghisap vape sewaktu siaran langsung di TikTok.

    Aktres berkenaan ketika itu sedang rancak bersembang mengenai isu pecah amanah yang dilakukan oleh pekerjanya sambil beberapa kali menyedut vape dan menghembuskan asap pada skrin telefon. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda