Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Bola Sepak Bruneireds terima tajaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Kelab Bola Sepak Bruneireds menerima tajaan dari HiTune Group of Companies sebagai tanda sokongan bagi kelab bola sepak itu yang bertanding dalam Kejohanan LFC Se-Borneo kali ke-7 tahun 2023, Kota Kinabalu, Sabah.

    Majlis diadakan di Pejabat HiTune Group of Companies, Mata-Mata, Gadong, kelmarin.

    Majlis penyerahan telah diterima oleh Pengurus Pasukan Kelab Bola Sepak Bruneireds, Hayatdy bin Idris, manakala bagi penyerahan tajaan pula dibuat oleh ahli lembaga HiTune Group of Companies, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Kelab itu telah menerima tajaan berupa jersi perlawanan bagi para pemain, kemeja-T kasual, yuran pendaftaran, penginapan dan kenderaan ke Kota Kinabalu, Sabah.

    Melalui tajaan itu, ia akan dapat menyuntik semangat baharu kepada setiap ahli pasukan kelab berkenaan dan seterusnya memberikan saingan dan tentangan buat pasukan-pasukan lain yang berentap di kejohanan itu nanti.

    Hayatdy dan Pengiran Zamri bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda