Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Kem. Pendidikan juara kejohanan bola jaring

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Kejohanan Bola Jaring antara Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-29 diteruskan di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

    Empat perlawanan akhir telah diadakan melibatkan pasukan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

    Muncul juara bagi pertandingan berkenaan ialah pasukan Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan hadiah ialah Setiausaha Tetap (Kemasya-rakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; dan Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei, Leftenan Kolonel (B), Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili; serta pegawai kanan kerajaan yang lain.

    Kejohanan Bola Jaring antara Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-29 anjuran KKBS melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei telah diadakan selama empat hari bermula 19, 21, 26 dan 28 Mei. Lapan kementerian telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

    Hajah Nor Ashikin bergambar bersama pasukan Kementerian Pendidikan selaku johan semasa pertandingan berkenaan. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...