Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen pemuliharaan axolotl dilancarkan di Mexico

    BANDAR MEXICO, 26 NOV – Ahli ekologi dari Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico pada Jumaat lalu memulakan semula kempen kutipan dana untuk mempergiat usaha pemuliharaan bagi axolotl, sejenis salamander ikonik yang terancam.

    Kempen yang dipanggil ‘Adoptaxolotl’ menyeru orang ramai untuk menyumbang serendah 600 pesos (sekitar AS$35) untuk memelihara salah seekor ‘raksasa air’ kecil tersebut secara maya. Pengambilan secara maya dilengkapi dengan kemas kini langsung tentang kesihatan axolotl. Dengan jumlah yang kurang, penderma boleh membeli makan malam secara maya untuk salah seekor spesies tersebut.

    Menurut saintis yang terlibat dalam kempen ini, kepadatan populasi axolotl Mexico di habitat utama mereka telah merosot sebanyak 99.5 peratus dalam tempoh kurang dari dua dekad.

    Kempen ‘Adoptaxolotl’ tahun lalu berjaya mengumpulkan lebih dari 450,000 pesos (AS$26,300) untuk program pembiakan terkawal secara eksperimen dan usaha memulihara habitat di terusan kuno Aztec di Xochimilco, sebuah daerah selatan di Bandar Mexico.

    Namun, sumber yang ada belum mencukupi untuk membuat penyelidikan yang teliti, kata Alejandro Calzada, seorang ahli ekologi yang menyiasat spesies axolotl yang kurang dikenali bagi jabatan alam sekitar kerajaan.

    Walaupun axolotl semakin popular, hampir kesemua 18 spesies axolotl di Mexico kekal sangat terancam, seperti terancam oleh pencemaran air yang merosot dan kulat amfibia yang mematikan. – AP

    Seekor axolotl berenang dalam sebuah akuarium di Zoo Chapultepec di Bandar Mexico, pada 27 September 2008. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda