Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kendall Jenner main cinta dengan Bad Bunny

    Model, Kendall Jenner dikatakan sedang hangat menjalinkan hubugan cinta dengan penyanyi rap Bad Bunny.

    Daily Mail melaporkan, pasangan itu dilihat di sebuah kelab malam sedang bermesra baru-baru ini.

    Selepas aksi mesra itu menjadi perhatian ramai, pasa-ngan itu bagaimanapun melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama.

    “Saya memiliki saksi di tempat kejadian yang melihat pasangan itu meninggalkan kelab malam tersebut.

    “Malah mereka juga melihat Kendall dan Bad masuk ke dalam kereta yang sama,” katanya.

    Susulan khabar angin tersebut, pasangan itu sekali lagi dilihat bersama di sebuah restoran.

    Kali ini mereka mengambil langkah berhati-hati dengan keluar dari pintu yang berlainan.

    Meskipun khabar angin pasangan ini sedang hangat bercinta menjadi buah mulut orang namun kedua-duanya masih mengunci mulut mengenainya. – Agensi

    Kendall Jenner dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Bad Bunny. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda