Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara Indonesia iaitu seorang pekerja lelaki, Andi Candra Yulianto berusia 23 tahun dengan nombor pasport, C8305080 serta dua orang pekerja perempuan, Alvi Nurul Hayati berusia 21 tahun dengan nombor pasport, C7802268 dan Ema Wati berusia 24 tahun dengan nombor pasport, C8865456.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Andi Candra Yulianto.
    Alvi Nurul Hayati.
    Ema Wati.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda