Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua COP28 seru negara capai pakatan iklim

    DUBAI, 8 DIS – Ketua rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak negara-negara sekutu hari ini untuk bergerak pantas bagi menyampaikan pakatan ‘belum pernah berlaku sebelum ini’ dalam menangani pemanasan global, ketika perunding berusaha untuk merapatkan perbezaan mengenai pemansuhan bahan api fosil secara berperingkat.

    Walaupun rundingan iklim PBB jarang selesai tepat pada masanya, presiden COP28, Sultan Al Jaber telah menetapkan matlamat bercita-cita tinggi untuk menamatkan sidang kemuncak di Dubai mengikut jadual pada 11 pagi waktu tempatan pada Selasa.

    Dengan menteri kini berada di bandar, Jaber berkata beliau mahu perunding menghasilkan draf perjanjian baharu hari ini.

    Walaupun terdapat perselisihan pendapat mengenai masa depan bahan api fosil, Jaber menyuarakan keyakinan bahawa rundingan yang dihoskan oleh Emiriah Arab Bersatu yang kaya dengan minyak boleh diselesaikan dengan perjanjian bersejarah.

    “Kami mempunyai potensi untuk menyampaikan anjakan paradigma,” katanya pada Jumaat selepas delegasi dari hampir 200 negara berehat sehari sebelumnya.

    “Tolong selesaikan tugasan ini. Saya perlukan awda untuk beraksi dan saya perlukan awda keluar dari zon selesa,” katanya.

    Aktivis iklim melihat Jaber – ketua firma minyak nasional Emiriah Arab Bersatu (UAE), ADNOC – dengan kecurigaan yang mendalam, namun beliau telah berusaha untuk meyakinkan mereka yang ragu-ragu dengan menyatakan bahawa pengurangan fasa bahan api fosil adalah ‘tidak dapat dielakkan’.

    COP28 dimulakan minggu lalu dengan pelancaran penting dana kerugian dan kerosakan bagi negara-negara yang dilanda oleh perubahan iklim. – AFP

    Sultan Ahmed Al Jaber berucap semasa sidang akhbar di sidang kemuncak iklim PBB di Dubai pada 4 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda