Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Samsung Electronics melonjak pada suku kedua

    SEOUL, 5 JULAI – Samsung Electronics, gergasi teknologi Korea Selatan, menyaksikan lonjakan keuntungan pada suku kedua tahun ini, menurut laporan syarikat itu hari ini, lapor Xinhua.

    Keuntungan operasi awal bagi tempoh April hingga Jun mencecah AS$7.5 bilion, meningkat secara signifikan daripada AS$486.1 juta yang dicatatkan pada suku sama 2023, menunjukkan peningkatan lebih 15 kali ganda.

    Pencapaian itu mengatasi jangkaan pasaran yang dianggarkan kira-kira AS$6 bilion dan lebih tinggi daripada keuntungan operasi sebanyak AS$4.8 bilion pada suku sebelumnya.

    Pendapatan bersih dan perincian keuntungan dalam setiap unit perniagaan akan diumumkan akhir bulan ini.

    Peningkatan keuntungan yang lebih tinggi daripada jangkaan didorong oleh kenaikan harga dan permintaan yang lebih kukuh bagi cip memori, dipacu oleh pasaran kecerdasan buatan yang berkembang pesat. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda