Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp rehatkan pemain selepas kalah lawan Wolves

    LIVERPOOL, 10 FEB – Jurgen Klopp memberikan cuti dua hari kepada pemain Liverpool yang bergelut selepas dimalukan 3-0 pada hujung minggu lalu menentang Wolves, yang merupakan kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan Liga Perdana.

    Klopp menyifatkan keputusan di Molineux sebagai ‘puncak’ masalah Liverpool dalam musim yang sudah tidak stabil, hanya beberapa bulan selepas mereka hampir memenangi empat piala yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    Liverpool merosot di tempat ke-10 dalam Liga Perdana, dengan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan empat teratas semakin pudar minggu ini.

    Bos Reds yang kecewa itu berkata dia berasa dalam ‘mood sederhana’ selepas bercakap dengan pemainnya pada ahad lalu untuk mengkaji semula permainan dan memutuskan yang terbaik untuk memberi ruang kepada semua orang.

    Dengan Liverpool tidak kembali beraksi sehingga Isnin depan dalam derby Merseyside menentang Everton, Klopp merasakan waktu rehat itu boleh menaikkan semangat dalam skuadnya yang keletihan.

    “Di Jerman, soalan ini akan ditanya lebih awal ‘Bagaimana awda boleh memberi mereka cuti dua hari dalam situasi yang kita hadapi sekarang?'” kata Klopp hari ini.

    “Awda boleh memberikan mereka cuti tetapi ia tidak berfaedah berlatih setiap hari. Kami bermain dengan teruk di Wolverhampton, keesokan harinya kami bekerja, membuat analisis dan bercakap antara satu sama lain dan kemudian memberi mereka cuti dua hari kerana ia adalah masa yang sangat lama, antara Sabtu dan Isnin berikutnya.

    “Tetapi sudah tentu saya boleh berkata ‘Latihan Ahad, pemulihan’ dan mulai hari Isnin kami pergi ke Everton.”

    Klopp berkata keputusannya juga sebahagiannya didorong oleh keinginan untuk memberi masa kepada dirinya untuk menyegarkan mental. – AFP

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berjalan keluar padang Stadium Molineux, di Wolverhampton, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda