Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp umum tinggalkan Liverpool

    LIVERPOOL, 26 JAN – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengejutkan dunia bola sepak hari ini dengan mengumumkan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim kerana dia ‘kehabisan tenaga.’

    Klopp, yang telah mengembalikan Liverpool kepada salah satu kuasa besar bola sepak Eropah sejak mengambil alih tugas di Anfield pada 2015, berkata keputusan untuk pergi adalah perlu.

    Pengurus Jerman itu membawa Liverpool merangkul kejuaraan liga pertama mereka selama 30 tahun pada 2020 dan menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2019.

    Kelab itu berada di hadapan lima mata di puncak Liga Perdana dan bekas pemain berusia 56 tahun itu berharap untuk menamatkan tugasnya dengan cemerlang iaitu dengan memenangi liga sekali lagi.

    “Saya dapat memahami ia adalah satu kejutan untuk ramai orang pada masa ini, apabila awda mendengarnya buat kali pertama,” kata Klopp, dalam temu bual di laman web Liverpool.

    “Saya benar-benar suka segala-galanya tentang kelab ini, saya suka segala-galanya tentang bandar, saya suka segala-galanya tentang penyokong kami, saya suka pasukan, saya suka kakitangan. Tetapi saya masih mengambil keputusan ini menunjukkan kepada awda bahawa saya yakin ia adalah yang saya perlu ambil.” Klopp berkata dia telah mengambil keputusan itu pada November lalu apabila berbincang dengan kelab mengenai potensi pembelian untuk musim depan bermula. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Klopp ketika perlawanan antara Toulouse dan Liverpool, di Stadium Toulouse di Toulouse, Perancis, pada 9 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda