Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 2,300 kematian di Lubnan sejak Oktober

    BEIRUT, 14 OKT – Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober lalu meningkat kepada 2,306, dengan 10,698 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan kelmarin.

    Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan 51 orang terbunuh dan 174 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lepas, lapor Agensi Anadolu.

    Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September, membunuh sekurang-kurangnya 1,488 orang, mencederakan lebih 4,297 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

    Serangan udara itu merupakan peningkatan peperangan rentas sempadan selama setahun antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan serangannya di Semenanjung Gaza.

    Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa Timur Tengah berada di ambang perang serantau di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan Lubnan, Israel meluaskan konflik pada 1 Oktober dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan. – Bernama

    Seorang penyelamat mencari mangsa yang terselamat di tapak serangan udara Israel yang menyasarkan bandar Nabatiyeh di selatan Lubnan pada 12 Oktober. Telah lebih 2,300 kematian dicatatkan sejak Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda