Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 400 timba ilmu literasi kewangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Lebih 400 orang pelajar Mahad Islam Brunei berpeluang untuk mendalami dan mengembangkan lagi ilmu literasi kewangan mereka menerusi Jerayawara Kesedaran Kewangan yang berlangsung di Mahad Islam Brunei, Tutong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, bank berkenaan mengambil bahagian dalam jerayawara tersebut yang dianjurkan oleh Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Pemangku Ketua Bahagian Sekolah Arab, Awang Zamery bin Haji Nayan. Dalam jerayawara berkenaan, para perancang kewangan berlesen dari Bank Baiduri dan Baiduri Capital telah mengendalikan beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk pengunjung yang bertujuan mendidik pelajar mengenai konsep dan literasi kewangan menerusi kaedah yang interaktif.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk permainan papan Race to the Forbidden Treasure, yang membimbing pelajar untuk membuat keputusan kewa-ngan yang lebih baik.

    Satu lagi permainan, Know My Money mengajar pelajar asas pengurusan kewangan dengan memperkenalkan kepada mereka konsep perbankan asas. Pemenang permainan-permainan berkenaan telah dihadiahkan baucar untuk ditebus dengan hadiah semasa jerayawara itu.

    Perancang kewangan menunjukkan kepada para pelajar cara bermain permainan Know My Money.
    Para pelajar semasa bermain permainan Race to the Forbidden Treasure.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda