Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Sun Kyun ditahan, kes salah guna dadah

    Pelakon Lee Sun Kyun kini berada dalam tahanan pihak polis selepas terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

    Menurut mStar, perkara itu disahkan oleh pihak pengurusannya iaitu HODU&U Entertainment yang memaklumkan pelakon berusia 48 tahun itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    Pihak pengurusannya juga memohon maaf atas tindakan dilakukan Sun Kyun sehingga menyebabkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

    “Kami ingin memohon maaf atas isu membabitkan Sun Kyun dan benar dia sedang dalam tahanan polis bagi membantu siasatan bagi kes penyalahgunaan dadah.

    “Pihak kami juga sedia memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa berhubung kes ini,” kata kenyataan wakil syarikat pengurusan aktor berkenaan.

    Lee Sun Kyun sedang dalam tahanan polis bagi membantu kes salah guna dadah. – Koreaboo

    Dalam pada itu, syarikat pengurusan itu turut mendedahkan Sun Kyun turut menjadi mangsa ugutan daripada individu dikenali sebagai A yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

    “Sun Kyun ada menerima ugutan daripada A berkaitan dengan kes itu dan kami sudah memfailkan agar perkara itu disiasat.

    “Kami akan mengambil tindakan tegas jika maklumat palsu atau berniat jahat dibuat terhadap pelakon kami,” jelas kenyataan itu lagi.

    Sebelum ini, polis daerah Incheon menahan lapan individu termasuk Sun Kyun di sebuah kelab malam di Gangnam, Seoul, Korea Selatan atas tuduhan menyalahgunakan dadah.

    Sun Kyun sebelum ini terkenal menerusi filem Parasite selain A Hard Day, All About My Wife dan Helpless. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda