Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki buruan polis diekstradisi dari Maghribi ke China

    BEIJING, 19 NOV – Seorang lelaki yang menjadi buruan telah diekstradisi dari Maghribi ke China, kes pertama sejak perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara berkuat kuasa pada 2021, lapor Xinhua memetik Kementerian Keselamatan Awam.

    Suspek itu yang didakwa menggelapkan berjuta-juta yuan daripada sebuah syarikat semasa berkhidmat sebagai eksekutif kewangan dan melarikan diri ke Maghribi, menurut kementerian itu.

    Pada Februari 2020, polis China memfailkan kes untuk siasatan dan pada Julai 2022, Notis Merah Interpol telah dikeluarkan.

    Polis Maghribi menahan lelaki itu pada April lepas dan mahkamah membenarkan ekstradisinya pada akhir Oktober. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda