Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki hilang di empangan Chenderoh ditemukan lemas

    KUALA KANGSAR, 21 JAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh, di Kampung Chenderoh, ditemukan lemas hari ini.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM pada 8:37 pagi tadi.

    “Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang didirikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

    Muhammad Khairul sebelum ini dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang rakannya karam akibat dibadai ribut kira-kira 5:30 petang, Jumaat lalu.

    Rakannya, bagaimanapun sempat diselamatkan pemancing yang berada di lokasi berhampiran kejadian. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda