Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Lewandowski, Benzema hadiah gol untuk Barca, Real

    MADRID, 29 OGOS – Penyerang ve-teran, Robert Lewandowski dan Karim Benzema kedua-duanya meledakkan gol pada perlawanan Ahad dalam kemenangan yang berbeza untuk Barcelona dan pendahulu La Liga, Real Madrid.

    Lewandowski menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan ketika Jules Kounde membuat penampilan pertamanya dalam kemenangan 4-0 mengatasi Valladolid.

    Real Madrid bergelut untuk menja-ringkan gol selama 88 minit perlawanan di Espanyol. Dengan kedudukan terikat dalam masa yang semakin suntuk, Benzema meletakkan Real di hadapan sebelum melakar kemenangan 3-1 selepas 10 minit masa tambahan.

    Real memulakan perlawanan yang sempurna musim ini dan kembali ke puncak liga dengan mengutip sumbangan mata selepas tiga perlawanan, mendahului Real Betis dengan perbezaan jaringan. Manakala Barcelona naik ke tempat ketiga dengan perbezaan dua mata di belakang.

    “Memiliki Lewandowski dalam pasukan adalah satu penghormatan,” Kata jurulatih Barca, Xavi Hernandez.”

    “Dia adalah contoh untuk pasukan. Dia seorang yang rendah hati, bermain untuk pasukan, membantu kakitangan kejurulatihan, dan dia melakarkan perbezaan.”

    Di Camp Nou, Xavi memberikan Kounde permulaan pertamanya selepas kelab itu akhirnya mendatangkan pemain pertahanan Perancis daripada Sevilla bulan lalu dengan bayaran 50 juta euro (AS$49.8 juta).

    Tandukan Lewandowski mengenai palang di awal peluang untuk menjaringkan gol. Pedri kemudian melihat larian Rapinha daripada belakang tetapi percubaan pemain Brazil itu digagalkan oleh penjaga gol Jordi Masip, yang juga ditewaskan beberapa saat kemudian apabila rembatan padu Ousmane Dembele mengenai palang.

    Barca meraih gol keempat pada masa kecederaan ketika Roberto melakukan voli ke gawang selepas percubaan hatrik Lewandowski dinafikan oleh Masip, bekas pemain Barcelona tersebut merembat namun rembatannya terkena palang. – AFP

    Aksi Lewandowski meraikan selepas menjaringkan gol pertamanya semasa perlawanan menentang Real Valladolid – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...