Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    40 hadiri taklimat kewangan di Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 OGOS – Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan yang ditawarkannya, Bank of China (Hong Kong) Limited (BOCHK) Cawangan Brunei dengan kerjasama Dewan Perniagaan Cina (CCC) di Daerah Belait telah menghoskan taklimat kewangan, baru-baru ini.

    Hadir pada taklimat yang diadakan di bangunan CCC di Daerah Belait itu ialah Presiden CCC Daerah Belait, Loo Soon Nin yang juga mengalu-alukan delegasi dari BOCHK Cawangan Brunei.

    Mengetuai delegasi itu ialah Pengurus Besar, Dr Li Feng yang menyampaikan ucapan ringkas mengenai sejarah BOCHK cawangan Brunei sejak penubuhannya pada 2016.

    Sejak itu pelbagai kemajuan dan perkembangan telah dibuat dalam sektor kewangan dan ekonomi antara Brunei Darussalam dan China, dan beliau harap, taklimat berkenaan akan menjelaskan serta membantu merapatkan hubungan dengan pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan tempatan di daerah ini.

    Lebih 40 wakil daripada pelbagai perniagaan tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana telah menghadiri taklimat itu yang dimulakan dengan Timbalan Pengurus Besar, Zheng Gang mengetengahkan mengenai kemajuan-kemajuan dan perkembangan yang dibuat dalam dunia pembiayaan, termasuk e-dagang dan banyak lagi yang membantu memperkukuhkan ekonomi.

    Sementara itu, Ketua Perbankan Korporat, Tony Qu dan Ketua Perbankan dan Operasi Runcit, David Kwan berkongsi mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank berkenaan yang bertujuan untuk membantu perniagaan-perniagaan tempatan. Ia diakhiri dengan sesi soal jawab.

    Sesi soal jawab turut diadakan pada penghujung taklimat.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...