Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liek Hou gagal tebus kekecewaan

    HANGZHOU, 27 OKT – Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou gagal menebus kekecewaan untuk meraih emas selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia 2022 sebentar tadi.

    Ia selepas pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditewaskan seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-18, 19-21, 17-21 dalam perlawanan sengit pada aksi final berlangsung di Gimnasium Binjiang di sini hari ini. Kekalahan itu sekali gus gagal menebus kekecewaannya pada penyertaan terakhirnya di Sukan Asia yang sebelum ini Liek Hou hanya meraih pingat gangsa pada Sukan Para Asia Jakarta-Palembang pada 2018.

    “Tadi saya dah cuba untuk main dengan baik tapi dia dapat banyak pukulan yang bernasib baik dan kacau rentak saya,” katanya. – Bernama

    Aksi Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 pada temasya Sukan Para Asia Hangzou 2023 di Stadium Binjiang kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda