Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool kehilangan kapten

    LONDON, 20 JULAI – Menurut laporan daripada The Athletic semalam, Kapten Liverpool, Jordan Henderson, akan menyertai bekas rakan sepasukan, Steven Gerrard di kelab Arab Saudi, Al Ettifaq, selepas perjanjian telah dicapai antara kedua-dua kelab.

    Pada usia 33 tahun, Henderson memimpin pasukan Liverpool meraih gelaran Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama dalam tempoh 30 tahun pada tahun 2020, setahun selepas menjuarai Liga Juara-Juara.

    Namun, pemain England itu tertarik untuk menyertai Gerrard selepas dilaporkan telah diberikan kontrak bernilai sehingga £700,000 seminggu.

    Liverpool dijangka akan menerima bayaran sebanyak £12 juta untuk pemindahan ini.

    Gerrard dilantik sebagai pengurus Al Ettifaq pada awal bulan ini.

    Jordan Henderson beraksi semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Brighton, England, pada 14 Januari. – AP

    Henderson menyertai Liverpool dari Sunderland pada tahun 2011 dan menggantikan Gerrard sebagai kapten di Anfield pada tahun 2015.

    Beliau telah dikecualikan daripada senarai skuad Jurgen Klopp untuk perlawanan persahabatan menentang Karlsruhe pada hari Rabu.

    Liverpool juga dijangka akan kehilangan Fabinho akibat kemasukan pelaburan kelab Arab Saudi, dengan pemain Brazil itu hampir menandatangani perjanjian pemindahan bernilai £40 juta ke Al-Ittihad.

    Klopp turut menyaksikan kepergian pemain tengah Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain dan James Milner secara percuma sejak tamat musim lalu.

    Walau bagaimanapun, Liverpool telah menguatkan bahagian padang dengan kedatangan Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda