Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubnan umum berakhirnya wabak taun

    BEIRUT, 12 JUN – Kementerian Kesihatan Awam Lubnan hari ini mengumumkan berakhirnya wabak taun atau kolera di negara itu, selepas tiada sebarang kes direkodkan sejak akhir Februari, lapor Xinhua.

    “Lebih 12 minggu telah berlalu sejak kes terakhir yang disahkan direkodkan di Lubnan,” menurut kementerian itu.

    Namun, kementerian akan terus memantau penyakit yang berkaitan dengan diarea atau cirit-birit melalui pengawasan dan akan mempergiat kempen kesedaran terhadap penyakit itu.

    Sebanyak 671 kes taun yang disahkan dilaporkan di Lubnan dalam pusingan terbaharu yang bermula pada 6 Oktober 2022.

    Pada November 2022, kementerian telah menerima lebih 600,000 dos vaksin taun dan sudah diedarkan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya pelarian dan komuniti tuan rumah di kawasan hotspot dan wilayah yang terjejas oleh wabak itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda