Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madrid benam Elche

    MADRID, 16 FEB – Karim Benzema (gambar-AFP) menjaringkan dua sepakan penalti ketika Real Madrid menang 4-0 ke atas pasukan tercorot, Elche kelmarin untuk mengurangkan jurang dengan pendahulu La Liga, Barcelona kembali kepada lapan mata.

    Pasukan Carlo Ancelotti tidak bermain pada hujung minggu kerana penglibatan mereka dalam Piala Dunia Kelab di Maghribi, yang trofinya mereka persembahkan kepada penyokong di Santiago Bernabeu.

    Ia merupakan trofi kedua Madrid pada musim ini, selepas Piala Super Eropah, tetapi jika mereka mahu menambah La Liga dalam genggaman, tugas besar menanti mereka.

    Marco Asensio membuka jaringan dan pemain tengah veteran, Luka Modric melengkapkan kemenangan pada malam yang mudah untuk Los Blancos.

    “Di sini tiada yang mustahil,” kata Eduardo Camavinga kepada DAZN, berikrar untuk memperjuangkan kejuaraan sehingga akhir musim.

    “Kami melihat musim lalu dalam Liga Juara-Juara dan kami akan bermain sehingga tamat.”
    Pemain tengah Perancis itu berkata dia gembira dapat kembali ke posisi biasa di bahagian tengah selepas mengharungi serangan di sebelah kiri pertahanan.

    “Saya lebih suka bermain sebagai pivot, saya bukan full-back, saya bermain di sana untuk membantu pasukan,” tambahnya. Madrid tanpa pemain sayap, Vinicius Junior, akibat digantung dalam permainan, manakala Eder Militao kembali selepas kecederaan, memaksa Antonio Rudiger kembali ke bangku simpanan.

    Pasukan tercorot, Elche, dengan hanya satu kemenangan sepanjang musim, adalah lawan yang ideal bagi dihadapi oleh Madrid untuk meneruskan kempen liga mereka.

    “Kami mempunyai permainan yang bagus, dengan banyak kawalan dan membuka jaringan awal melalui Asensio,” kata Ancelotti kepada DAZN. “Ia adalah perlawanan yang bagus pada saat yang penting dalam musim ini.” – AFP

    Aksi Karim Benzema mengambil sepakan penalti dan menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Sepanyol di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda