Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marseille menang selesa

    PARIS, 7 DIS – Marseille menang 3-0 ke atas Lyon kelmarin dalam perlawanan Ligue 1 yang dijadualkan semula dari Oktober selepas bas pasukan pelawat dilempar batu ketika menghampiri Velodrom.

    Pierre-Emerick Aubameyang membantu menyediakan gol kepada Vitinha dan pemain antarabangsa Panama, Amir Murillo pada separuh masa pertama sebelum penyerang Gabon itu menambah gol ketiga pasukannya pada minit 55 untuk melakar kemenangan yang meyakinkan.

    Lyon membuat rayuan yang tidak berjaya bulan lalu untuk beraksi dalam permainan di kawasan neutral dan pihak berkuasa liga tidak mengambil tindakan terhadap Marseille sebagai sebuah kelab kerana insiden itu tidak berlaku di dalam stadium.

    Tiada peminat Lyon dibenarkan hadir pada perlawanan yang diatur semula selepas keganasan berkaitan bola sepak di Perancis meletus sekali lagi, insiden terbaharu yang mengakibatkan kematian penyokong Nantes pada hujung minggu.

    Perlawanan asal pada 29 Oktober telah dibatalkan yang sepatutnya bermula apabila jurulatih Lyon ketika itu, Fabio Grosso mengalami kecederaan di muka yang memerlukan jahitan selepas terkena serpihan kaca.

    Lyon minggu lalu memecat bekas pemenang Piala Dunia, Grosso selepas pengurus Itali itu hanya menyaksikan satu kemenangan dalam tujuh perlawanan, menggantikannya dengan pengarah akademi kelab itu, Pierre Sage. – AFP

    Reaksi Murillo (kiri), meraikan bersama Pierre-Emerick Aubameyang selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis di Stadium Velodrome di Marseille, Perancis pada 6 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda