Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mas Atiqah bawa pulang Vespa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Dayang Mas Atiqah binti Haji Murni, 27, ternyata bertuah dan melafazkan rasa syukur setelah memenangi sebuah motosikal Vespa pada Kempen Scratch to Manang anjuran Progresif Sdn Bhd.

    Beliau merupakan antara salah seorang daripada 10 pemenang pusingan pertama kempen pada majlis yang berlangsung di Dewan Ballroom, Ibu Pejabat Progresif, Gadong.

    Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dan Ketua Pemasaran Progresif, Dayang Sharleen binti Othman.

    Ketika ditemu bual, Dayang Mas Atiqah mengatakan beliau terkejut apabila mengetahui beliau telah memenangi sebuah motosikal pada Kempen Scratch to Manang selepas menggunakan aplikasi Care+Progresif.

    Menurutnya, tiket Scratch to Manang diperolehi daripada transaksi yang dibuat melalui aplikasi Care+ Progresif di mana beliau mendapat empat tiket dan salah satunya ternyata membawa tuah kepadanya apabila menang motosikal Vespa.

    Pemenang lain turut membawa pulang hadiah berupa Akaun pra-kredit Bank Baiduri berjumlah $3,000, baucar perjalanan dan penginapan bernilai $3,000 serta hadiah baucar membeli-belah di beberapa kedai.

    Menurut Dayang Sharleen, pusingan pertama pada bulan ini menyaksikan 40 orang memenangi hadiah daripada kempen itu. “Kempen ini memberikan ganjaran dengan hadiah-hadiah menarik serta pengalaman terbaik kepada pelanggan dengan hanya menjadi lebih progresif bersama Progresif.

    Pelanggan perkhidmatan telekomunikasi itu masih berpeluang memenangi hadiah dalam masa dua bulan akan datang, dengan 100 lagi hadiah untuk dimenangi.

    Kempen Scratch to Manang merupakan pertandingan inovatif yang diadakan secara eksklusif di aplikasi Care+. Pelanggan yang menerima tiket digital akan berpeluang mendapatkan hadiah secara langsung, dan masih ada 100 lagi hadiah bernilai $50,000 untuk dimenangi termasuk sebuah lagi motosikal Vespa, akaun bank pra-kredit dan banyak lagi.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama para pemenang Kempen Scratch to Manang anjuran Progresif Sdn Bhd.– Gambar serahan Progresif Sdn Bhd
    Pemenang tempat pertama, Mas Atiqah binti Haji Murni bergambar bersama hadiah yang dimenanginya.
    Pemenang tempat ketiga, Norzimah Fatimah binti Haji Mahmud bergambar bersama hadiah yang dimenanginya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda