Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maxus MIFA serba baharu dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – MPV Maxus MIFA serba baharu, yang menampilkan reka bentuk anggun, ruang dalaman yang luas dan teknologi canggih, telah dilancarkan oleh GHK Motors di bilik pameran utamanya di Sumbangsih Mulia, hari ini.

    Reka bentuk luaran MPV tujuh tempat duduk itu terserlah dengan ciri-cirinya yang tersendiri dengan gril yang lebar dan lampu belakang LED.

    Untuk pasaran Brunei, ia tersedia dalam dua pilihan iaitu Premium dan Mewah, serta dilengkapi sama ada dengan enjin petrol pengecas turbo 2.0 liter, 230hp atau enjin diesel pengecas turbo 2.0 liter, 120hp.

    Di bahagian dalam pula, ia mengetengahkan tempat duduk bersarung kulit, pilot seats untuk penumpang barisan kedua dengan pelaras enam cara berserta fungsi pemanas, pengudaraan dan juga urutan.

    Ia turut dilengkapi skrin sentuh infotainment 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, panel meter digital 7 inci, dan juga lampu ambien 64 rona.

    Kelengkapan lain untuk keselesaan di dalam kabin termasuklah pembersih udara dan pengecas peranti tanpa wayar.

    Untuk melihat lebih dekat dan mengetahui lebih lanjut mengenai Maxus MIFA, orang ramai bolehlah mengunjungi bilik pameran berkenaan.

    Maxus MIFA serba baharu dilengkapi dengan skrin sentuh infotainment 12.3 inci dan tempat duduk bersarung kulit. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    MPV tersebut turut menampilkan lampu belakang LED. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda