Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Mbappe terus menyinar di PSG

    PARIS, 18 FEB – Apabila Kylian Mbappe menjadi tumpuan sekali lagi untuk Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara minggu ini, ia pasti satu perasaan yang agak pelik untuk Neymar.

    Pulih daripada kecederaan, pemain termahal dunia itu adalah antara yang mengagumi apabila Mbappe mengucar-gacirkan benteng pertahanan Real Madrid untuk mendapatkan satu lagi kemenangan minit akhir. Ia adalah jenis gol yang pernah dijaringkan Neymar untuk suka-suka. Ia juga merupakan detik simbolik.

    Disebabkan Neymar seorang pemain luar biasa dan rekod pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Lionel Messi terlepas sepakan penalti dalam satu lagi prestasi kurang memuaskan sejak meninggalkan Barcelona, ia tidak dinafikan Mbappe mengukuhkan status nombor satu di PSG.

    Satu-satunya halangan ialah kontraknya akan tamat pada Jun dan dia boleh pergi secara percuma, selepas PSG menolak tawaran Real Madrid sebanyak AS$205 juta pada musim panas lalu.

    “Kekal! Tertera di muka depan akhbar Le Parisien, manakala majalah sukan harian, L’Equipe mendedikasikan dua muka surat kelmarin yang mempamerkan statistik mengagumkan Mbappe sebelum melakukan perkara yang sama untuk menganalisis nisbah luar biasa Messi daripada penalti 103 gol daripada 133 percubaan.

    Dengan Messi bermain di bawah prestasi terbaiknya, Mbappe yang berusia 23 tahun sebahagian besarnya mendukung pasukan itu di mana musim ini PSG banyak bergantung pada gol lewat perlawanan.

    Golnya ketika menentang Madrid menjadikan catatan Liga Juara-Juaranya menjadi 32.

    Pada usia yang sama, Messi mempunyai 25 gol, tetapi pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo mencatatkan 10 dan Neymar tujuh — walaupun Neymar berusia 21 tahun ketika dia menyertai Barcelona dari kelab Brazil, Santos. – AP

    Reaksi Neymar dan Kylian Mbappe meraikan kemenangan dalam perlawanan PSG menentang Real Madrid 15 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...