Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Penceramah-penceramah jemputan dari Malaysia petang tadi mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Para penceramah yang menyertai kunjungan hormat di Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia, Dato’ Seri Dr Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri; Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ugama), Malaysia, Haji Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud dan Profesor di Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Profesor Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Para penceramah berada negara ini selaku penceramah-penceramah jemputan bagi Program Ceramah di Daerah Tutong, Belait dan Temburong sempena Majlis Ilmu 2023 yang akan berlangsung secara serentak esok.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menerima kunjungan hormat daripada penceramah-penceramah jemputan dari Malaysia. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda