Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mia Ahmad kongsi foto anak ketiga

    Pelakon, Mia Ahmad berkongsi wajah anak ketiganya buat pertama kali kepada peminat sejak anak damit perempuan itu dilahirkan Januari lalu.

    Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, berkata, dia dan suami iaitu Mohd Izham Tarmizi turut sepakat memilih nama Imaani buat anak ketiganya itu.

    “Assalamualaikum semua, kenalkan anak ketiga kami iaitu Imaani Mohd Izham Tarmizi,” tulisnya. Mia berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan gelagat anaknya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga warganet turut teruja melihat wajah Imaani buat kali pertama. Malah mereka juga mendoakan agar Imaani menjadi insan berguna kepada ibu bapanya apabila dewasa kelak.

    “Comelnya Imaani, semoga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa nanti.

    “Masya Allah muka macam abang dia ya, bulat sungguh mata dia,” antara komen warganet.

    Sebelum ini, pemain bola sepak pasukan Sri Pahang (FC) berkenaan meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan anak damit perempuan mereka pada 17 Januari lalu. Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

    Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iriss, 2 tahun. – Agensi

    Mia Ahmad bersama suami dan dua orang anaknya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda