Sunday, September 8, 2024
34.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Michelle Yeoh balik Ipoh

    Bintang Hollywood dan Asia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak, meluangkan masa bersama keluarganya selepas sibuk dengan kerjaya lakonan sejak awal tahun lalu.

    Michelle dalam hantarannya di Instagram kelihatan seperti ‘melepas geram’ untuk menikmati makanan tempatan yang dirindukan selain bertemu sanak-saudaranya termasuk ibu, Datin Janet Yeoh.

    “Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia memberi saya makan dan juga adik-beradik saya,” katanya.

    Pada hujung Julai lalu, Michelle akhirnya sah berkahwin dengan pasangannya, Jean Todt, 77, di Geneva, Switzerland selepas lebih 20 tahun bersama.

    Namun, suaminya tidak kelihatan ada bersamanya di Ipoh ketika ini.

    Pelakon Asia pertama mencipta sejarah menang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 itu dan Todt mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004.

    Bagaimanapun, Janet mengaku tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan itu.

    Namun, dia menganggapnya sebagai kejutan yang dinanti-nantikan ramai termasuk dirinya kerana tahu betapa Todt cintakan Michelle. – Agensi

    Michelle Yeoh pulang ke Ipoh selepas sibuk dengan kerjaya lakonan sejak awal tahun lalu. – Harian metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda