Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Min Young tidak bagi peminat ikut diet ekstrem

    Demi menjayakan watak dalam drama terbaharu, pelakon Park Min Young sanggup mengamalkan diet ekstrem bagi menurunkan berat badan.

    Menurut laman mStar, selain mengurangkan pengambilan makanan, Min Young, 38, hanya minum air berunsurkan ion supaya dia dapat mencapai sasaran bentuk badan yang diingini.

    Hasilnya, Min Young berjaya mengubah penampilan sekali gus mengekalkan berat badan sebanyak 37 kilogram bagi watak Kang Ji Won yang merupakan seorang pesakit kanser.

    Bagaimanapun Min Young sendiri akui ia bukanlah satu kaedah yang terbaik dan sama sekali tidak menyarankan orang ramai mengikuti caranya.

    “Cara ini tidak disaran sama sekali. Mengambil kira faktor usia saya juga tidak yakin boleh melakukan sebegini untuk menghidupkan watak.

    “Untuk kali terakhir saya membuat keputusan untuk memberi komitmen sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

    Perubahan pada Min Young itu juga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat. – Agensi

    Min Young sanggup amalkan diet ekstrem demi watak. – Gettyimages
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda