Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Minamino bawa Liverpool ke suku akhir

    LIVERPOOL, 3 MAC – Liverpool mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA selepas dua gol penyerang Jepun, Takumi Minamino pada babak pertama menyaksikan mereka menewaskan Norwich City 2-1 di Anfield, kelmarin.

    Tiga hari selepas memenangi Piala Liga untuk trofi pertama musim ini, Liverpool dilihat mendominasi perlawanan ketika bersaing dengan pasukan Liga Perdana yang sedang bergelut itu pada awal permainan.

    Minamino memperoleh gol pertama selepas menerima hantaran cantik daripada Divock Origi pada minit ke-29, yang diberikan peluang untuk memulakan permainan oleh Jurgen Klopp.

    Rembatan kencang Minamino lapan minit selepas itu terus meletakkan Liverpool selesa di depan dan Alex Oxlade-Chamberlain hampir menjaringkan gol ketiga pada pertengahan pusingan kedua.

    Bagaimanapun Norwich enggan mengalah dan Lukas Rupp memberikan harapan kepada pasukan pelawat dengan merapatkan jurang apabila menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 14 minit.

    Kemenangan itu menyaksikan Liverpool terus berada di landasan tepat untuk memburu tiga lagi trofi musim ini.

    “Kami tidak pernah melangkah ke suku akhir Piala FA di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

    Kami melakukan 10 pertukaran dan adalah sukar bertemu pasukan yang hebat. Tetapi pemain kami bermain dengan baik dan memberikan prestasi terbaik mereka untuk menjaringkan gol.

    “Takumi pemain amat luar biasa hari ini dan dia mempamerkan aksi paling baiknya setakat ini. Dia sentiasa memberikan ancaman,” kata Klopp. – AFP

    Aksi pemain Norwich City Dimitris Giannoulis (atas) semasa bersaing mendapatkan bola dengan Takumi Minamino dalam perlawanan di antara Liverpool dan Norwich City di stadium Anfield di Liverpool, England pada 2 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...