Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    M’sia putus tarikh peralihan ke endemik minggu depan

    KUALA LUMPUR, 17 JAN – Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar Negeri (MOFA) dan beberapa pihak yang berkaitan akan menyampaikan taklimat dalam mesyuarat kuartet COVID-19 minggu depan sebelum sebarang ketetapan mengenai pengisytiharan “Peralihan ke Endemik” diputuskan.

    Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata taklimat itu melibatkan laporan situasi semasa banjir dan jangkitan varian Omicron daripada pihak-pihak berkenaan, yang telah ditangguhkan sebelum ini.

    “Kita tangguh (sebelum ini) sebab saya nak terima laporan kesan daripada banjir, varian Omicron COVID-19 dan pengembara yang kembali ke tanah air, khususnya dari Arab Saudi terlebih dahulu. 

    “Pada Mesyuarat kuartet minggu depan saya akan menerima taklimat daripada KKM, MOFA dan pihak-pihak lain untuk kita bentang pada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebelum keputusan tarikh sebenar kita beralih ke fasa endemik ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis amanat kementeriannya hari ini.

    Katanya keputusan fasa peralihan ke endemik tidak akan dilakukan secara semberono dan penangguhan fasa itu melibatkan tempoh dua hingga tiga minggu dari tarikh asal, iaitu minggu pertama Januari. 

    Sebelum ini Hishammuddin dilaporkan berkata kerajaan memutuskan menangguh sementara pengumuman fasa itu berikutan peningkatan penularan kes varian Omicron COVID-19 dalam negara. – Bernama

    Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun 2022 Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...