Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nagelsmann terlepas penggantungan

    LEIPZIG, 23 FEB – Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann mengelak penggantungan tetapi telah dikenakan denda besar kelmarin kerana komen tidak menghormati dibuat kepada pengadil selepas kekalahan 3-2 pasukannya di Borussia Moenchengladbach.
    Denda 50,000 euro (AS$53,200), yang dijkenakan oleh Persatuan Bola sepak Jerman

    (DFB), bermakna Nagelsmann bebas untuk mengambil tempatnya di garisan tepi untuk pertembungan tuan rumah teratas dengan Union Berlin pada Ahad.

    Menurut DFB, Nagelsmann telah pun bersetuju dengan denda itu.

    DFB membuka siasatan pada Ahad selepas Nagelsmann menyerbu masuk ke bilik persalinan pengadil di Gladbach sejurus wisel sepenuh masa dibunyikan pada Sabtu.

    Terkilan dengan keputusan kad merah yang dipertikaikan ke atas Dayot Upamecano yang menyebabkan Bayern bermain dengan 10 pemain pada awal permainan, Nagelsmann dilaporkan melemparkan kata-kata kesat ketika dia berdepan dengan pengadil, Tobias Welz.

    Reaksi Ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara Borussia Moenchengladbach dan Bayern Munich di Taman Borussia di Moenchengladbach, Jerman. – AP24

    Wartawan di luar mendengar Nagelsmann berkata, “ia satu jenaka”, sebelum meninggalkan bilik dan menggelar pengadil pengecut.

    Bos Bayern itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui dia melangkaui batas, tetapi masih menegaskan kad merah itu tidak adil.

    Welz mempertahankan keputusannya mengenai rangkaian Sport1 Jerman pada Ahad, dan berkata tidak ada perbalahan antara dia dan Nagelsmann.

    “Ia merupakan perbincangan yang penuh emosi, tetapi tidak ada kata-kata kesat,” katanya.

    Bayern dan Union berada bersama Dortmund di puncak carta Bundesliga dengan 43 mata, dengan Bayern di depan melalui perbezaan gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda