Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naib datuk bandar, 5 pembantu maut dalam serangan hendap di Filipina

    MANILA, 19 FEB – Enam orang, termasuk seorang pegawai tempatan, terbunuh apabila lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah sebuah van di wilayah Nueva Vizcaya di utara Filipina pagi hari ini, kata polis.

    Polis berkata, serangan itu berlaku sekitar 8:45 pagi waktu tempatan di lebuh raya di bandar Bagabag ketika van itu dalam perjalanan ke utara menuju Aparri, sebuah bandar di utara wilayah Cagayan, Filipina.

    Siasatan awal menunjukkan bahawa enam lelaki bersenjata bertopeng, berpakaian seragam polis, menghalang jalan, memaksa van itu berhenti.

    Lelaki bersenjata berkenaan kemudiannya menembak kereta itu, mengakibatkan kematian enam orang. Para penyerang melarikan diri selepas serangan hendap itu.

    Polis mengesahkan bahawa salah seorang yang terbunuh adalah naib datuk bandar
    Aparri, dan lima yang lain adalah pembantunya. Enam maut di tempat kejadian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda