Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NASA tangguh ‘spacewalk’ di ISS

    MOSCOW, 27 OKT – NASA menangguhkan aktiviti berjalan di ruang angkasa (spacewalk) oleh dua angkasawannya, Loral O’Hara dan Jasmin Moghbeli di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dari 30 Oktober hingga 1 November bagi membolehkan lebih banyak persiapan dilakukan, lapor Sputnik.

    “Spacewalk di ruang angkasa segmen orbit Amerika Syarikat yang seterusnya kini dijadualkan pada Rabu, 1 November, bagi memberikan masa tambahan kepada kru Stesen Angkasa Antarabangsa dan pasukan kawalan penerbangan untuk lebih bersedia,” kata NASA kelmarin.

    Expedisi 70 yang kini berada di ISS setakat ini hanya merekodkan satu ‘spacewalk’ oleh angkasawan Rusia, Oleg Kononenko dan Nikolai Chub pada Rabu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda